Pada zaman dahulu, ada seorang ulama Islam yg t’knal namanya Ali bin Fadhil. Bliau t’knal kerana sifat warak serta x m’pedulikan kemewahan dan kebesaran dnia. Dsebabkn sifat2 pekertinya yg mulia itu maka beliau amt dicintai oleh umat Islam d zamannya.
Pd suatu hari, ulama bsar itu telah prgi ke Mekah untuk menunaikan haji. Sedang mlakukn tawaf di Kaabah, d tengah2 lautan manusia yg b’duyun2 itu, seorg pencuri telah berjaya m’curi kantung Ali bin Fadhil. Habis semua wangnya dcuri oleh pencuri yg x dketahuinya itu. Setelah sedar bhwa wangnya itu dcuri org,dgn tenang dia mnyelesaikn tawafnya itu. Sedikit pun hatinya x b’goncang akibat musibah yg mnimpa dirinya itu. Ayahnya telah memerhatikan peristiwa itu dengan penuh kehairanan.
Tapi setelah selesai sahaja tawaf, Ali bin Fadhil tiba2 menangis. Mlihat keadaannya itu, ayhnya b’tanya :
“Hai anakku, adakah engkau menangis kerana wang yg hilang itu?”
“Oh, tidak ayah! Apakah hendak ditangiskan kalau memang takdir,” ujarnya lalu mnyambung :
“Sebenarnya sy menangis kerana kasihan mengenangkan nasib org yg telah m’curi wang sy itu. Sbab dia x akan b’upaya m’bela p’buatannya itu d hadapan Allah di Hari Akhirat klak.”
Demikianlah perihal orang yg b’iman. Orang yg b’iman sentiasa memandang kecil pada kerugian harta benda dunia yg x kekal itu, sedang orang yg kurang imannya akan m’anggap itulah kerugian yg besar.
Dalam sekelip mata
5 years ago
No comments:
Post a Comment