31 August 2009

MERDEKA!!!!!

bismillah..

salam..

tanggal 31 bulan 8 57~~~
merdeka merdeka tetaplah merdeka~~~
ia pasti menjadi sejarah~~~

selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52 buat semua rakyat Malaysia. alhamdulillah Allah memberi peluang kepada kite semua untuk hidup aman dan damai di tanah air tercinta ni. kite seharusnya bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan ni. bukan senang untuk para pejuang kemerdekaan mendapatkan kemerdekaan bagi tanah air kite ni. jadi, insyaAllah sama2 kita jaga kemerdekaan negara kite.

dalam masa yang sama, kite jugak mesti jaga pemikiran n iman kita. jangan terus-menerus membiarkan pemikiran kita dijajah oleh pengaruh2 barat yang sememangnya mahu melihat kita, umat Islam khususnya, hancur, berpecah belah dan tak mengikut apa yang disyariatkan Islam. moga2 kite semua tergolong dalam golongan yang sentiasa bermuhasabah diri, sentiasa menyedari kesalahan kita dan berusaha untuk memperbaiki diri. perubahan ke arah kebaikan kita sama2 lakukan secara step by step. kerana perubahan yang datang mendadak x mustahil akan pergi dengan mendadak juga.

mari kita sama2 berdoa di bulan yang mulia ni agar kita terpelihara daripada anasir2 jahat yang sentiasa berusaha untuk mengaburi mata kita daripada melihat kebenaran dan hanya mementingkan keseronokan dunia tanpa memikirkan balasan yang bakal diterima di SANA nanti.

alhamdulillah sambutan kemerdekaan tahun ni x di'seri'kan ngan konsert2 yang melalaikan. harap2nya keadaan ni kekal sampai bila2 la. even kalo tarikh ni jatuh bukan dalam bulan ramadan pun. ameeen... semoga Allah sentiasa merahmati MALAYSIA..

No comments: